Asalamualaikum...
Inilah pisang..bahan utama untuk resepi saya pada kali ini ~ KEK PISANG ~ Pisang bukan saja sedap dimakan begitu saja malah pisang jua boleh dipelbagaikan jenis kuih muih samada cekodok, kek, muffin, apam dan macam2 juadah lagi..disini saya ingin berrkongsi resepi dengan anda sekalian..untuk membuat kek ini saya tidak terikat pada satu resepi sahaja dan saya mengguna apa saja bahan yang ada didapur saya. Hasilnya tidak mgecewakan kecuali sedikit hanggit jer..hehe maklum la jarang sangat bakar membakar ni...kurang arif..di bawah ini saya sediakn foto2 semasa membakarnya..tiada foto semasa mengadun tepung sebab hehehe...dapur macam tonkang pecah....
Pic 2 ~ dalam oven selepas 15 mnt ~
Ini dalam oven selepas 15 mnt..dalam hati brdebar2 je..jadikah kek aku ni? berserah saja la....
Pic 3 ~ selepas 30 mnt ~
Selepas 30 mnt baru nampak kek tu naik dan terus naik..baunya pun harum seisi rumah...hatiku berbunga riang....bakar dalam suhu 180°c - 200°c ikut jenis oven la selama 45m - 1jm....tapi kek saya terhangit ckit di atas mungkin oven trover panas dan terlebih masa.
Pic 4 ~ kek pisang ~ yg telah siap di bakar
Taraaa ~ kek pisang ~ Kek yg telah siap di bakar.yang hangit tu tak payah la tunjuk pic..hehe..
Taraaa ~ kek pisang ~ Kek yg telah siap di bakar.yang hangit tu tak payah la tunjuk pic..hehe..
~ kek pisang ~
Bahan2nya ;
- 6 biji telur ( jumpa 4 je dalam peti..guna 4 je la.seelok2nya guna 6 ye )
- 1 1/2 cwn gula halus
- 3 cwn tpg gndum
- 2 camk. s/bikarbonat
- 2 cwn pisang lenyek
- 1/2 camk. esen pisang
- 1 cawan myk
- dalam 3,4 camb. milo ( dalam resepi tiada tapi saya buh je )
- anggaran 2camb. coco ( ikut resepi pun ada coco, kalau tiada saya ganti dengan setengah camb. nescafe )
- 2 camb. susu cair ( saya buh sebab telur tak cukup lagi 2 bj, hehe pandai2 je )
Cara2nya...
Pukul telur dan gula hingga kembang - saya tiada mixer jadi blender je sampai kembang.tuang dalam bekas.
- masukkn tepung yg telah diayak bersama soda dan milo berselang seli dengan pisang lecek..memadai sebati je..jangan lama2..masukkn minyak, esen dan susu cair..sapukan mentega pada loyang taburkan tepung sedikit dan bakar..pastikan oven telah dipanaskn dahulu..kalau nak cuba buat ikut je resepi asal..resepi asal saya ambil dari "my resepi" kalau tak silap.
Selamat mcuba dan ingatlah
~ Tambahkan manis dalam senyuman...
Kurangkan manis dalam sajian ~
~ ♥ d'lela ~
* moga terhibur dengan lagu yang diputarkan





Tiada ulasan:
Catat Ulasan